CHOBITS FIFY

CHOBITS FIFY

Sunday, 2 October 2011

KEKASIH ARJUNA CINTAKU




sering ku bisikkan kata keluhku
bait nafasku memghembuskan hiba
aku tertanya sering bertanya 
adakah tiada cinta dalam hikayatku ?
insan seperti aku merindu 
rindu dengan setiap makna cinta
rindu belaian kekasih
keluhku sering berbicara
adakah tiada tercipta arjuna untukku ?
cermin dikamarku adalah saksi segala-galanya
bibir ini tiada betah bermonolong dengannya
adakah kerana iris wajahku amat kelam ?
adakah punca itu masih tiada cinta untukku ?
adakah diri ini tiada sempuna dari segi mentalku?
aku masih waras wahai kaum adam!
cuma sel mindaku derita sejenak
bukanlah kejadian kehendak diriku
itu hanya ujian semulajadi dari tuhan untukku
aku harus terima dengan seluruh ikhlas jiwaku
atau mungkin juga perempuan digilai setiap arjuna
adalah gadis yang indah rupanya
bak bulan purnama bercahaya di awangan
tiada mampu untuk aku merubah diri ini
seperti cahaya bulan purnama 
aku tetap berkhayal sama mimpi cintaku
cinta yang tidak bisa wujud
hanya aku keseorangan
membayangkan arjuna idamanku
hairan aku sebentar
temanku sebentar 
temanku segalanya berpacaran
cara apa bagi mereka memiliki arjuna itu?
mungkin juga kerana keangunan
dan keperibadian mereka sempurna
berbeda denganku yang tiada apa.
tidak bisakah aku turut  menjadi seperti mereka?
mungkin juga ada kelemahanku
sesuatu yang ada pada diriku
hinga tiada arjuna berani mendekat denganku
sungguh aku bertanyanya,tiadakah kekasih untukku?
kekasih yang dapat menerimaku seadanya?
yang memahami serta mengerti derita jiwaku ini?
namun nyatanya aku masih sendiri 
sendirian bersama keluhku
bagi mengimpikan kekasih arjuna cintaku...........

No comments:

Post a Comment