CHOBITS FIFY

CHOBITS FIFY

Wednesday, 3 April 2013

10 WANITA TERCANTIK KOREA TAHUN 2013





SONG HYE KYO
wanita ini mempunyai kecantikan yang semula jadi. kulitnya sangat mulus dan menjadi rebutan untuk dirinya diangkat sebagai duta kepada produk-produk terkenal di korea. lakonannya juga sangat luar biasa dan memberi kesan kepada para penonton. popular dengan drama "autumn in my heart" dan "full house". dia masih lagi menjadi kegilaan para remaja yang mendambakan kulit halus sepertinya.



HAN CHAE YOUNG
wanita ini popular di malaysia dengan drama lakonannya bertajuk "delightful girl coon-hyang". gaya fesyennya sering menjadi ikutan ramai dan dia digelar sebagai barbie doll of korea. pelakon dan model ini semakin meniti namanya saban hari.



JUN JI HYUN
baru sahaja menamakan zaman bujangnya pertangahan tahun lepas,wanita ini sering tahun lepas, wanita ini sering kali tersenarai antara wanita tercantik korea saban tahun. lakonannya sangat superb dan ada kelas yang tersendiri ditambah pula dengan kejelitaannya, pakej yang sungguh lengkap!



YOON EUN HYE
wajahnya yang sungguh comel dan ayu sudah cukup memukau sesiapa sahaja, di samping bakatnya yang tidak perlu dipertikaikan lagi dalam dunia lakonan. kini dia dianggapsebagai top star korea dan selebriti yang cukup dikenali.



SON YE JIN
klasik! itulah ungkapan yang boleh dinyatakan untuk son ye jin. wajahnya tidak pernah dimamah usia, masih lagi anggun dan bergetah walaupun sudah mencecah umur 30-an.umurnya itu tidak pernah menjadi faktor kepada kelarisannya di korea.



LEE HYORI
namanya sungguh masyhur sebagai penyanyi popo korea yang telah menyandang banyak anugerah. bakat dan kecantikannya adalah ramuan kepada kejayaannya selama ini. dia juga merupakan pelakon, model dan juga pereka. hebat bukan!



KIM EUGENE
wanita ayu ini merupakan pelakon, penyanyi dan juga hos di korea. lihat sahajalah dirinya,pasti sesiapa yang memandang akan tertarik! awas, dia sudah berpunya iaitu milik kepada pelakon ki tae-young.



HAN GA IN
wajahnya tampak seperti remaja berusia belasan tahun, namun pada hakikatnya dia sudah menjengah usia 30-an. masih berkesan lakonannya yang pernah popular di malaysia suatu ketika dahulu bertajuk "With Yoo Hee".



LEE YEON HEE
dia adalah pelakon dan model di korea. namanya mula mendapat tempat setelah bergandingan bersama Hyun Bin dalam filem romantik "A Milionaire's First Love".



HAN JI MIN
walaupun sudah menjengah umur 30-an, wajahnya masih lagi persis wanita dalam lingkungan 20-an. pelakon ini popular dengan drama "Rooftop Prince" dan berjaya menggondol banyak anugerah melalui drama itu.










No comments:

Post a Comment